1) Kehadiran hati dalam sembahyang.
2) Mengerti bacaan-bacaan sembahyang.
3) Membesarkan Allah dalam sembahyang.
4) Merasakan kehebatan Allah dalam sembahyang.
5) Penuh harapan.
6) Perasaan malu.
& KEHADIRAN HATI DALAM SEMBAHYANG
Maksudnya ialah agar dapat kita mengosokan hati itu dari segala urusan yang boleh mengganggu, ataupun yang tak ada sangkut-pautnya dengan ibadat sembahyang yang sedang dikerjakan itu. Maka hendaklah pengetahuannya dengan gerak laku badan dan gerak-geri hati itu bersaingan kedua-duanya sekali; dan jangan sampai pemikirannya berputar kepada selain dari keduanya itu.
& MENGERTI BACAAN-BACAAN SEMBAHYANG
Memahami atau mengerti maksud-maksud perbicaraan dalam sembahyang itu adalah menjadi yang utama dalam kontek menghadirkan hati dalam sembahyang; iaitu hati itu haruslah mengatahui segala yang dibicarakan oleh lidah, kerana sembahyang itu memang mengandungi banyak makna-makna atau maksud-maksud yang halus yang patut dimengertikan oleh seorang dalam sembahyangnya. Dengan itu, barulah sembahyang itu dapat mencegahnya dari melakukan perkara-perkara yang keji atau mungkar.
& MEMBESARKAN ALLAH DALAM SEMBAHYANG
Membesarkan Allah di dalam sembahyang akan memberikan pengertian yang mendalam kepada diri orang yang bersembahyang Itu, di sebalik menghadirkan hati dan memahamkan bacaan-bacaannya.
& MERASAKAN KEHEBATAN ALLAH DALAM SEMBAHYANG
Merasakan kehebatan Allah akan menambahkan lagi kebesaranNya yang dirasakan di dalam sembahyang, dan ia diibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari kemaha-agungnya Allah Ta’ala yang disembah ketika itu dan kemaha-tinggianNya.
& PENUH HARAPAN
Orang yang melakukan sembahyang itu haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya harus pula ia merasa takut dari sikaanNya, yang mungkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.
& PERASAAN MALU
Dia juga harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemungkinan sekali tanpa disadarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam sembahyang itu, atau sesuatu dosa yang tidak disangka-sangkakannya.
No comments:
Post a Comment